Panel 2 : Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957

Panel 2 : Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957

Slide Pembentangan


















GAMBAR KENANGAN DI SMK IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH.




GAMBAR-GAMBAR SEMASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN





ASPEK-ASPEK PENILAIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Pengetahuan 

  • Pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh murid digunakan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi khususnya semasa pembelajaran. 
  • Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat dilakukan dengan melihat sejauh mana tahap pengetahuan murid dalam pembelajaran. 
  • Contohnya, memberi definisi, menghuraikan fakta, menerangkan konsep dan prinsip dan sebagainya.


Aktivi

2. Kemahiran Berfikir


  • Kemahiran berfikir yang dipelajari oleh murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
  • Kemahiran  berfikir  dengan cara memberikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan amat penting untuk  diaplikasikan sama ada dalam pembelajaran atau kehidupan seharian.
  • Antara contoh kemahiran berfikir adalah petah bertutur, memberi pendapat, membaca dan menulis dan lain-lain.





                                                                  Aktiviti Pelajar

3. Kemahiran Berbahasa 


  • Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. 
  • Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
  • Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.
  • Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. 
  • Kemahiran membaca  pula merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. 
  • Kemahiran menulis ialah keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.


                                                        Contoh Kemahiran Berbahasa 

4. Kemahiran Belajar 


  • Kemahiran belajar perlu diajarkan kepada murid sebelum melakukan penilaian supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.
  • Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dalam pembelajaran seterusnya dapat digunakan pada masa akan datang. 
  • Contoh kemahiran belajar adalah mencari maklumat daripada pelbagai sumber mengklasifikasikan maklumat , dan embuat laporan.


5. Kemahiran Bersosial

  • Kemahiran sosial adalah beberapa set kemahiran yang perlu dimiliki apabila berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai situasi ketika dalam pengajaran dan pembelajaran. 
  • Murid dapat dinilai seterusnya kelemahan yang mereka miliki dapat diperbaiki oleh guru supaya tidak lebih kronik. 
  • Kemahiran bersosial yang boleh dikenal pasti oleh guru seperti berkomunikasi, bersopan-santun dan bekerjasama.
6. Perlakuan dan Amalan Nilai Murni

  • Perlakuan dan penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan  yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. 
  • Selain itu,  penghayatan dan amalan nilai murni  bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. 
  • Oleh itu, guru dapat menilai murid tersebut dalam mengamalkan nilai-nilai murni seperti membantu, berdikari dan bertanggungjawab.
7. Sikap

  • Guru juga dapat mentaksir sikap yang dimiliki oleh murid jika mereka mempunyai sikap seperti bersemangat untuk belajar, gigih bekerja, dan ingin tahu.  

Aspek-aspek Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah